Total Pageviews


Friday 17 May 2013

Selamat Hari Guru....

Saya nak share something dari FB wall post Prof Dr Muhaya : 

"Celik Mata, Reset Minda Guru. Dengan terdidiknya guru, terdidiknya insan. Kecemerlangan seseorang bukan hanya bergantung dari segi akademik kerana akal buat kita pandai tetapi wahyu yang buat kita baik... Jadilah guru yang mendidik hati pelajar...."




Sempena dengan hari guru ni saya ucapkan ribuan terima kasih buat semua guru yang mengajar saya dari sekolah tadika hingga lah kini. Tanpa kalian siapalah saya.

Merujuk balik apa yang ditulis oleh Prof Dr Muhaya itu, memang ada kebenarannya. Dalam berpuluh cikgu yang mengajar saya, hanya segelintir sahaja yang berjaya mendidik hati saya. Umpamanya Ustazah Azlidah yang tanpa jemu menasihati kami pelajarnya agar menjadi hamba Allah yang beriman. Mr Wong Kok Fu yang amat mempercayai saya dan yakin atas kemampuan saya begitu juga dengan Mr KV Ratnam.

Di universiti, Dr Shaari bukan sahaja bijak mengajar tetapi pesanan ringkas beliau amat terkesan dihati... "Bila dah gaji besar, pakai kereta besar jangan pandu laju-laju tak bertempat, kalau ada orang sedang perbaiki jalan slow down, kesian kat mereka.. bukan mereka minta berada disitu dan tanpa mereka jalan yang kita lalui takkan elok" - there, as simple as that, Dr Shari dapat selitkan dalam lecture nya...

Semasa di Kolej Mara Banting, Pn Rohaida amat sabar mengajar saya subjek akaun yang amat saya tak suka dan hari ini dengan bangganya saya akan kata pada dia... "Puan, i'm now a Certified Chartered Accountant!" - saya tak bangga, dan of course dia yang bangga sebab dia, saya berjaya! :)

Maha Suci Allah.... inilah nikmat kehidupan yang telah engkau Anugerahkan kepadaku... Semoga aku menjadi hambaMu yang bersyukur... Engkau berilah kebaikan dan balasan yang baik kepada guru-guruku Ya Allah. Jasa mereka takkan mampu ku balas...

TERIMA KASIH CIKGU!!!

No comments:

Post a Comment