Total Pageviews


Wednesday 14 August 2013

Syawal tahun ini....


Alhamdulillah... berlalu sudah Ramadhan.. Semoga amal ibadah kita dibulan mulia tersebut diterima Allah dan dapat menyucikan hati kita.. Terawikh terakhir saya pada tahun ini di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar menyimpan seribu makna.. Terima Kasih Allah kerana mengizinkan saya berada di rumahnya walau pun sekali.. Itulah nikmat kesyukuran... :)

Aidilfitri disambut sederhana.. Hari bantai saya dah sibuk memasak dari pagi menyediakan kari rusa, rendang daging, ayam masak merah, ketupat nasi dan juga ketupat palas.. Siap awal-awal sebab malam nanti nak gi jamu mata kat Jalan Tar.. ;) haaa... memang berbaloi.. tudung dijual 2 helai RM15 dan Ea plak dapat beli 4 helai baju kurung dengan hanya RM100.00 

cik anim sempat lagi berinai tangan... ;)

solat raya...

Raya pertama, selepas solat raya kami pulang ke Port Dickson menziarahi pusara ayahbonda.. dan kami terserempak dengan YB Tan Sri Isa Samad yang khusyuk membaca yassin dipusara arwah isterinya. Berkunjung dirumah kenalan di PD mengimbau kembali kenangan zaman kanak - kanak dan alhamdulillah ikatan siratulrahim kami masih kuat ikatannya...

dipusara ayahbonda... bersama YB Tan Sri yang mesra rakyat..
Raya kedua saya jadi chef lagi.. Kak Longla tersenyum riang, dah boleh pencen dah kak long lepas ni.. hahaha.. Menu saya : rusa masak lemak cili padi, daging dendeng, nasi himpit instant, dan kuah kacang.. ermmm.. alhamdulillah semua yg makan puashati.. bertambah-tambah gitu.. seronok dapat menjamu orang makan.. :) Tengah malam sempat lagi bawa mayya gi tengok Smurfs kat midvalley... sangat2 terhibur tgk cite smurfs ni... xboring... ;)

Smurfs2 ~ get ready to get naughty..

Balik Kampung... OhhhOhhh.. Balik Kampung...

Raya ketiga kami pulang ke Melaka.. dari jasin ke pantai puteri dan akhirnya kampung baru alor gajah. Menziarahi pusara datuk mat, nenek ton, bang amir, anum dan semua makcik dan pakcik yang telah kembali padaNya... Alhamdulillah.. tradisi ini dapat saya kekalkan dari kecik hingga kini. Syukur.. Hati gembira dapat berkunjung ke rumah sanak saudara dan dijamu makan dengan penuh kasih dan sayang.. terima kasih semua hingga mayya makan bertambah 3 pinggan nasi beriyani kat rumah abg aril.. hihihi.. *pasni mama kena polish skill masak beriyani lah ye mayya.. sebab mayya suka.. ;)

Raya keempat saya menerima kunjungan tetamu yang tak putus2.. dari pagi hingga ke malam.. Syukur ramai yang datang melawat kak long. tergambar wajah kegirangan kak long menerima kunjungan tetamu.. Untuk hari ini saya sediakan sup ayam dan bebola ayam ala2 soto gtu.. yelah dok makan rendang dah beberapa hari, bagi tetamu makan yang hangat2 and simple ini hari.. ;) ok, sambutan menggalakkan especially budak2 memang suka ayam ball tu.. bertambah2 makan nampaknya.. 

Bersama Kak Nur & Princess...

Buat kak nur sekeluarga, tq sudi datang rumah kami... seronok tak terkata dapat jmpa kak nur and baby... Semoga ikatan persaudaraan kita erat terjalin.. Amin. #kak nur ni cousin idola saya masa zaman sekolah dulu.. our doctor in the house... ;)

Raya kelima... alaaa... dah start keje... hihi... saya tak cuti lama untuk raya tahun ni sebab kami akan bercuti ke Disneyland Hong Kong bulan hadapan.. ni gara2 baki cuti dah paras hidung sebab cuti lama gi umrah tu hari... hahaha.. takpe2, mood raye dah abis so mood nak jumpe si Mickey Mouse dan Minnie Mouse plak menanti... aiiyyookk, mayya cool aje, mak dia je yg lebih nie... hahaha...

Salam Aidilfitri buat semua...

No comments:

Post a Comment