Total Pageviews


Monday 25 March 2013

Dulu dan Kini - Friendship never ends....

best fren forever...


Sweetkan gambar ni? Tengok gambar ni macam rasa bermimpi aje, memasing dah ada anak sungguh tak sangka.. :)

Semasa di Tingkatan 4 hingga 5, Saya, Aju dan Megala adalah rakan sekelas dan kami memang akrab. Begitu banyak kenangan manis dan pahit kami bersama... teringat kisah cikgu tak mahu masuk kelas mengajar, kami bertiga berusaha mencari cikgu untuk belajar di luar kelas.. Bagaimana kami berjalan kaki ke rumah cikgu Salmah untuk additional class bagi subjek sains... Alhamdulillah semua itu mengajar kami untuk menjadi student yang cemerlang...

Bagi saya, Megala amat istimewa begitu juga dengan seluruh keluarganya.. Ingat lagi setiapkali Deepavali saya pasti ke rumahnya demi menikmati Tosei emaknya yang tak dapat dibeli dimana-mana kedai mamak sekalipun. Amat sedap, masam dan enak...

Teman sejati sukar dicari dan hargailah mereka tika kita masih hidup ini lagi... Semoga persahabatan ini kekal abadi.. Untuk Megala, saya doakan agar awak dan baby selamat sewaktu bersalin nanti ya... Happie2 selalu, semoga awak sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta... :)

Semoga bertemu lagi.....

No comments:

Post a Comment