Total Pageviews


Sunday 24 March 2013

Bercuti ke Legoland...


Cuti sekolah datang lagi...
Nak ke mana ye? Ermmm... tiket Legoland hadiah besday mayya dari seorang sahabat karib kami gunakan untuk percutian yang telah lama dirancang ini. Saya, Mayya, Aju dan Aliya amat seronok dapat bersama di JB 3 Hari 2 Malam.

Kami tidur di Paris Hotel dan dari hotel ke Legoland memang dekat... :)


excited nak gi Legoland....

Kami sampai awal setengah jam dari masa Legoland dibuka.. Mayya memang excited sangat.. Dah lama dia teringin ke Legoland. Apabila pintu dibuka, keriangan kami bermula... Yyyyyeeeehhhhaaaa!!!!


meliuk-liuk kegirangan si mayya dan aliya...  :)

Memang heaven sebab mayya lepas had tinggi so mama dan mayya naiklah semua permainan yang ada. Alhamdulillah orang tak ramai so kami takdelah kena beratur panjang dan lama... :)

mayya tak sabar nak naik roller coaster - her 1st time!

Tips kat Legoland ni, bawa baju spare untuk sape yang ade anak kecil, topi dan jangan lupa Sunblock!!! - memang panas cuaca kat sini... ;)

menaiki kuda diperbuat dari Lego...


menunggu hujan berhenti sehingga mayya lena tidur dalam pelukan mama..

Dugaan kami hanya apabila hujan mencurah-curah turun dan perut kami lapar sebab tak lunch lagi. Nasib baik dalam beg Aju ade Chipsmore, apalagi berebutlah budak berdua nie.. Emak - emak tengok ajelah... ;) tapi disebalik itu sebenarnya kami bersyukur kerana dengan turunnya hujan tu cuaca amat nyaman dan kami dapat berehat.. :) Selepas itu apalagi naik keretapi Lego, gi makan kenyangkan perut dan sambunglah main lagi sehingga Legoland tutup waktu operasinya..

Kami balik ke hotel dengan hati yang riang, terlihat wajah penat mayya bercampur puas.. Alhamdulillah dapat lunaskan hajat Mayya nak ke Legoland... :)  

Jeng-jeng-jeng... 
Sempat lagi Mayya dan Aliya bershopping sebelum balik... Alamak, poket mama koyaklah... HAHAHA!!!



siap ade stroller untuk si cilik ni lagik....

No comments:

Post a Comment