Total Pageviews


Sunday 3 February 2013

Majlis Pertunangan My Dear Niece ~ Anim

Tanggal 3 Februari 2013 anim mengikat tali pertunangan dan semestinya sebagai mak usu saya tak menang tangan membantu apa yang patut agar majlis berjalan lancar dan sempurna.

Apa yang istimewanya pada tengahari kami telah menjemput tahfiz datang memeriahkan kenduri doa selamat dan alhamdulillah para tetamu yang hadir turut diberikan sedikit tazkirah dari ustaz mengenai kepentingan perkahwinan di dalam Islam (sesi tazkirah ini diadakan dalam bahasa english kerana para tahfiz ini adalah dari international tahfiz). Terima kasih ustaz kerana saya benar-benar terharu dengan kupasan yang cukup menarik dan tidak jemu mendengarnya.



Jam 3 petang majlis sarung cicncin diadakan. Alhamdulillah, semoga ikatan pertunangan ini diberkati dan berkekalan hingga ke jinjang perkahwinan. Amin.



Opppsss... sebelum tu, tengoklah pelamin hasil gubahan saya, cantik tak? ;) 


No comments:

Post a Comment