Total Pageviews


Thursday, 15 November 2012

Patung Aisyah

Aisyah


Sewaktu menghadiri Seminar Raising Young Khalifah Amanah Besar Dari Allah di Tabung Haji, hati saya memang tertarik dengan anak patung muslimah ni... Dahla berwarna pink sudah pastilah mayya suka. Tanpa berfikir panjang saya pun belilah dengan softbooks Alif Ba Ta sekali... Alhamdulillah, mayya memang sentiasa memeluk Aisyah.. Mayya kata Aisyah cantik, pakai tudung mesti Allah sayang Aisyahkan mama? ;)

Semoga mayya menjadi anak yang baik, sejuk mata memandang dan berbudi bahasa... Kalau cantik saja tanpa budi bahasa yang baik pastilah mayya dalam kerugian.... 

Friday, 9 November 2012

Sarapan Pagi Bersama KP



Hari ni, kami di pejabat menerima kunjungan dari Ketua Pengarah. Terasa terharu menerima kunjungan beliau. Amanat yang beliau sampaikan kepada kami warga kerja agar sentiasa bekerja dengan ikhlas, amanah dan jujur. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada kami kerana telah bekerja keras sehingga syarikat pulih dari kerugian dan semoga semangat itu terus berkekalan.

Sebelum pulang, kami sama-sama bersarapan dengan KP dengan sajian nasi kerabu, sambal pulut dan kuih muih... Terima Kasih KP kerana sudi datang ke pejabat kami.. :)

Thursday, 8 November 2012

Seminar Kewangan 2012

Alhamdulillah tahun ini dapat turut serta dalam seminar kewangan yang diadakan di Marina Island, Pangkor... Perjalanan lebih kurang 4 jam dari Kuala Lumpur...

kelihatan Pulau Pangkor dari Marina Island..
Cerita sikit pasal Marina Island Pangkor ni, ianya pulau buatan dan turut ada jambatan yang menghubungkan daratan dengan pulau Marina, so bolehla bawa kereta masuk terus ke pulau Marina. Di pulau itu disediakan bot untuk ke Pulau Pangkor dan hanya mengambil masa 5minit.. :)

Ok, tumpuan pada intipati seminar kewangan tahun ini yang diadakan secara santai berbanding tahun-tahun sebelumnya (saya suka!). Terdapat 3 pembentangan kertas kerja pada hari kedua seminar. Kertas kerja 1 : Penemuan Audit Badan Berkanun oleh Pn. Fariza Binti Harman dari Jabatan Audit Negara, Kertas kerja 2 : Pengurusan Kewangan oleh En. Awang Bin Tawil dari Bank Muamalat dan Kertas kerja 3 : Pengauditan Kendiri oleh Y.H. Dato' Lokman Bin Awang dari Pro Active Control Sdn Bhd.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah ilmu yang saya dapat daripada pembentang kedua iaitu En. Awang dari Bank Muamalat. Beliau mengesyorkan agar semua bijak mengurus wang dan harta. Misalnya, tidak perlulah kereta mewah bertukar ganti sedangkan semua maklum yang kereta besar tu akan susut nilainya... serta rakyat sekarang ni amat bermegah dengan gadget yang mereka ada, iphone, tab dan ipad dan ini sesuatu yang merugikan. Adakah ianya keperluan atau kehendak? apa yang beliau sampaikan amat menyentap perasaan saya.. kata beliau 'ibubapa kita dulu tinggalkan kita rumah, tanah dan emas walaupun mereka orang susah tapi generasi sekarang? sogokkan anak-anak dengan barangan yg lupus guna' internet tanpa sempadan akan mendatangkan masalah sosial kepada anak-anak jika penggunaannya tidak dibendung dan bagaimanakah kehidupan zuriat kita kelak setelah kita mati sedangkan kita tidak berbuat sesuatu yang berfaedah kepada zuriat kita sedangkan kemampuan itu kita ada.

Personally, saya memang berfikir secara mendalam kata-kata En.Awang itu, iya, memang betul.. Bila saya kenang semula, arwah emak tinggalkan kami adik beradik dengan rumah yang telah habis dibayar, tanah dikampung, emas dan juga wang simpanan yang mencecah 5 angka walaupun arwah emak hanya berniaga kecil-kecilan bersama arwah ayah dan arwah emak hanya belajar di sekolah sehingga darjah 2 sahaja. Ingat lagi, bila sesak-sesak dia akan memajak emas dan menebus semula bila duit dah cukup.. Arwah emak tak pandai meminjam duit orang dan amat berjimat. Dan saya amat terpukul... saya menanam azam untuk membeli sedikit emas apabila dapat bonus kelak.. Buat apa nak buat personal loan dekat bank sedangkan dengan ada aset dan kita membayar zakat, saya rasa itu lebih berkat. Kini, pajak gadai secara islam pun dah ada... Ar-rahnu.. :)

Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat sesuatu dari seminar ini.. :)

Petang itu setelah seharian berseminar, kami dijamu dengan Durian - Raja segala buah.. :)


orang kuat tolong kopekkan durian... :)
jom makan Durian... :)

Pada malamnya diadakan majlis makan malam bersama KP dan kesempatan juga diambil untuk meraikan tuan pengarah kewangan yang akan bersara pada bulan hadapan.

bergambar bersama Tuan Pengarah Kewangan...



my bestfren...


oooppppsss... Ketua Pengarah lalu lah.... ;)

Hari ketiga selepas tamat sesi dialog kami ke Lumut untuk membeli hasil laut di kedai Puan Jamilah.. saya amat bangga dengan Puan Jamilah yang merupakan pengusaha Melayu yang berjaya mengeluarkan produk tempatan yang halal dan diyakini untuk dibeli sebagai ole-ole buat rakan sepejabat, keluarga di rumah dan tak lupa buat sahabat handai.. :)

Memulakan perjalanan pulang secara konvoi dengan En.Zailani membuatkan perjalanan balik taklah bosan. Terima Kasihlah buat En.Zai yang sanggup membawa Camry nye dengan perlahan agar saya tak tertinggal.. heee... ;)

Akhir sekali, saya titipkan kata-kata dari En.Awang buat renungan kita bersama..

     Kebebasan kewangan perlukan : ~ BAJA dari baja terbaik untuk harta adalah ZAKAT
                                                    ~ DOA dari doa terbaik adalah DOA IBU
                                                    ~ UBAT dari ubat terbaik untuk rezeki adalah SEDEKAH

Friday, 2 November 2012

Lepak bersama BFF



MasyaAllah, dah lama kami plan nak jumpa tapi asik saja masing-masing dengan kesibukkan kerja mengakibatkan beberapa kali perjumpaan ni tertunda. Akhirnya hari rabu lepas hasrat kami tertunai. Alhamdulillah. Chili's bangsar menjadi tempat lepak kami bertiga dan malam itu kami seronok berbual sehingga larut malam...

Salmah dan Anum, my bestfren forever... Syukur lah dapat lepak2 sebegini sebelum salmah kembali bekerja di N.Sembilan. teringat zaman di universiti dahulu, mengimbau kenangan sewaktu menjadi pelajar U dan bercerita tentang pekerjaan masing-masing. Salmah seorang akauntan dan Anum sebagai pegawai Audit di LHDN. Alhamdulillah, saya bangga mempunyai sahabat seperti mereka dan semoga persahabatan kami kekal selamanya - Amin. :)

Monday, 29 October 2012

Aidiladha 1433H

Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini disambut sederhana... Saya tak dapat menunaikan ibadah korban tahun ini dan berkorban beraya bertiga di KL. Apa-apa pun saya amat bersyukur dan seronok dapat meluangkan masa bersama Sumayyah. Pagi-pagi dah bangun malangnya Mayya xnak pergi solat raya di Masjid, so saya tak nak ambil risiko dia menangis dan saya tak dapat solat jemaah so saya tengok ajelah siaran langsung solat raya di tv Al-Hijrah. Alhamdulillah.. :)

11 Zulhijjah saya dan mayya balik ke kampung baru, makcik padhil buat kenduri korban. Pakcik Yazid tolong masakkan beriyani. Alhamdulillah lauk kambing amat sedap sekali. Habis kenduri sambut birthday Erysa yang ke-4. *semoga menjadi anak yang soleha - Amin*

Erysa & Mayya

Sebelum balik, kak Ella ajak singgah pekena cendol kat dataran pahlawan Alor Gajah. nyummmm.. sedap sekali cendol pulut.. *Thank You Kak Ella*

Saya singgah di Port Dickson dalam perjalanan ke KL. Iye, menziarahi pusara ayahbonda. Syukur saya tak pernah gagal lagi menziarahi kubur mereka. Air yassin dan daun rampai ditabur diatas pusara, moga roh ayahbonda tenang disana. - Amin.

Alhamdulillah jam 7.30malam kami selamat tiba di KL. :)

12 Zulhijjah saya buat makan-makan sempena dapat rezeki tak disangka oleh Allah swt. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih yang tak terhingga buat Abang Remy & Kak Reen Sekeluarga, Auntie Ellie, Kak Ella, Abg Mahadir dan Mizan, Makcik Asmah dan Kak Awie & Abang Mehad sekeluarga kerana sudi berkongsi rezeki ini. :) Cuma saya agak terkilan sedikit sebab kawan-kawan baik semua tak dapat hadir kerana ada kesulitan untuk turut serta disaat akhir. Doa saya semoga bulan disember nanti mereka dapat merasa jamuan makan saya yang terakhir untuk tahun 2012. InsyaAllah. :)

Masak apa? iye, menunya pelbagai.. Ada soto daging dan bakso, asam pedas, rendang bersama pulut kuning dan juga Nasi Arab Ayam Mandy serta udang masam manis.. :) yang pasti, tetamu yang hadir semuanya kenyang perut suka hati. Alhamdulillah.. :)


Monday, 22 October 2012

Zulhijjah datang lagi...

Tahun ini Zulhijjah disambut dengan pelbagai siri ujian badan oleh Allah swt. Ketika saya menulis ini sudah masuk 5 Zulhijjah dan saya masih tidak mampu untuk berpuasa kerana masalah kesihatan. Terasa sedih dan kehilangan nikmat berpuasa 1-9 Zulhijjah. Saya berazam untuk disiplin menghabiskan ubat yang diberikan doktor dan banyakkan minum air putih agar saya sihat dan dapat berpuasa esok hari hingga ke 9 Zulhijjah.

Ya Allah, Ampunkan diriku... Aku mohon pertolonganMu...

Zulhijjah kali ini juga tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah korban... InsyaAllah jika ada rezeki tahun depan moga saya dapat menunaikan ibadah korban...

Saya muhasabah diri, 2 nikmat yang Allah swt beri kepada hambaNya tidak saya terpilih untuk menikmatinya. Saya pujuk hati, saya tahu ini ujian dari Allah, saya tahu selain itu ada juga amalan lain yg boleh saya buat.. Selama 4hari ini saya penuhi dengan amalan-amalan membaca al-quran dan terjemahannya, bangun solat malam dan menjamu makan sahabat-sahabat dan saudara-mara raya ke tiga nanti. - InsyaAllah.

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan saya dan melindungi saya dan anak saya selalu...

"......SeLamaT MenjaLani IbadaH di BuLaN ZulhiJjaH..... "

Sunday, 7 October 2012

Mayya meeting up with Aliya...

"Ok Aju... in 30 minutes time i sampai..."

Itu dia pesanan ringkas melalui whatsapp saya kepada bff Aju.. :) Jam 12.30pm waktu lunch hour terus lari sekejap ambil mayya dirumah dan tumpangkan di taska aju. 

'mama, saya malu'... itulah ayat mayya sesampainya di Taska Dahlia... puaslah aliya memujuk dan akhirnya terima kasihlah kat jongkang jongkit serta buaian di Taska tu buatkan hati mayya jadi tak kisah bila ditinggalkan mama.. :)

'Ok mayya, nanti abis keje mama datang nanti kta g jalan2 ngan aliya ye...' dengan muka tersenyum simpul mayya mengangguk..

errrmmmm... cepatlah masa berlalu.. dah tak sabar nak tunggu habis ofis hour ni... mesti seronok g jenjalan ngan budak2 ni.. :)

tepat 5.15pm... bye2 ofis, sori bos balik tepat masanya.. ;) terus ke Taska dan Aju bawa kami ke KLCC Park... Waaahhhh seronoklah bermain2 budak2 berdua nie.. :)

di remang senja....

Masuk waktu maghrib singgah solat di masjid... ye, amat tenang bersolat di sini.. :) Syukurku padaMu...

jom maghrib...

Mayya dah tak larat nak jalan lagi... Puaslah berdukung dan keletihan... Singgah makan malam menghabiskan lelah... :) Berselera mayya makan.. Air plak abis 2 cawan akibat kehausan.. ;)

@ Chili's KLCC

Sebelum balik, sempat lagi mayya dan aliya naik train dan school bus.. :)

Hati keriangan balik ke rumah.. InsyaAllah nanti kita 'meet up' lagi ye... (*v*)


jom g sekolah kawan-kawan... :)

pink panther train.