Total Pageviews


Wednesday 19 November 2014

Bengkel Kewangan RISDA 2014


Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat membesar... ;)

Port Dickson di hati....

Kali ini seminar kewangan telah diganti dengan bengkel kewangan mulai tahun ini dan diadakan di Pusat Latihan RISDA, RISTEC Port Dickson... huwaaa.... dah tak dapat gi jejauh lagi.... :'( 

Terkenang kembali 10 tahun lepas saya memulakan kerjaya saya disini bermula dari seorang kerani hingga ke jawatan eksekutif... memang banyak kenangan saya disini... ;)



tempat makan...

swimming pool

apakah itu????  ;)

sungguh unik cenderahati kami ini....  ;)


Bengkel 3 hari 2 malam ini banyak bezanya dengan seminar sebelum ini. Secara peribadi, tidak banyak perkongsian ilmiah yang saya peroleh dari bengkel ini.. Semoga pada tahun hadapan segala kepincangan ini dapat diperbaiki dan ada penambahbaikan...

Seperti biasa, bila dapat peluang berkumpul sebegini kami akan bermesyuarat gelap. Kali ni sambil bermesyuarat kami pekena steamboat kat tepi pantai... memang happening! ;)

mesyuarat gelap bersidang...  ;)

Sesudah itu, atas invitation kami ber bowling tengah malam pulak... dah lama tak baling bola bowling ni... sementara tempat ni takde orang lain selain kami so takdelah segan2 nak asah semula bakat melontar bola bowling ni... tq ye yang sudi menjadi tenaga pengajar saya malam ni... ;) siap belikan saya stokin lagi... *malu!

bowling tengah malam...

Abis je mesyuarat kewangan saya terus gerak balik ke KL... sebelum tu singgah dulu kat gerai cendol di kg baru... memang suke je saya menyinggah kat gerai ni, sempoi dan sedap... :) 2 hari lagi dah nak ke Sydney... sampai rumah ni nak kena packing luggage lah nampaknye... *excited mood is on!!

Minum petang kami... *sedap!

1 comment: