Total Pageviews


Monday 30 June 2014

Ramadhan Kareem..


Ramadhan Kareem...

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan lagi dengan Ya Ramadhan.... Bulan yang mulia, penuh keberkatannya... Berlumba - lumba lah kita mengumpul bekalan diakhirat kelak....

Kelazimnya, rakan2 saya akan menyumbangkan barangan keperluan asas untuk anak-anak PKKI di Rawang bersempena dengan Ramadhan ini...

Syukur, pada 1 Ramadhan barangan asas berikut telah dihantar ke rumah anak-anak PKKI berkenaan :

1.   Beras
2.   Gula
3.   Telur
4.   Bihun
5.   Air Kordial Oren
6.   Milo
7.   Susu Tepung
8.   Minyak Masak
9.   Almond Brownies
10. Pakaian Terpakai untuk anak - anak lelaki

Terima kasih buat rakan2 yang sudi menghulurkan sumbangan, memberikan anak2 ahli syurga ini sesuap nasi... hanya Allah lah sahaja sebaik2 pemberi balasan... Sesungguhnya Allah swt telah berjanji pada hambanya bahawa bila saja hambanya memudahkan urusan orang lain maka akan Allah swt akan mudahkan urusan hambanya itu juga.... Marilah kawan2, kita taburkan kebaikan, kita tanamkan benih kasih sayang antara kita... Moga Keberkatan Ramadhan ini dapat kita kongsi bersama....

Salam Ramadhan....

P/s : InshaaAllah pada 15 Julai 2014 (Selasa) akan diadakan Iftar bersama anak2 PKKI dan Warga Emas... Jika ada yang berminat nak join buka puasa sama2 bolehla bagitau saya.... dan kalau ada yang nak menyumbang sama, amat2lah dialu2kan... :) Tq guys!!

1 comment: