Total Pageviews


Sunday 22 June 2014

100 Tahun SRKPD




Alhamdulillah saya berpeluang bersama - sama meraikan Jamuan Amal Perdana Kasih sempena 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Port Dickson (1914-2014) yang diadakan di Glory Beach Resort...

Sekolah ini banyak meninggalkan kenangan suka duka saya.. Disinilah saya bersekolah dari Darjah 1 hingga 6. Disekolah inilah saya mengenal hati manusia bernama sahabat... ada yang ikhlas berkawan, ada juga yang berpura serta berkawan kerana hendakkan sesuatu daripada kita... Alhamdulillah, disekolah ini jugalah saya mengenal hati manusia bernama Cikgu.... ada yang ikhlas mengajar, ada yang benar2 berusaha menjadikan anak didiknya manusia dan ada juga yang pilih kasih.... Inilah dunia kecil saya pada masa itu... Dan semua itu menjadikan saya matang dan membolehkan saya menjalani kehidupan saya kini...

Terima Kasih Cikgu kerana mengajar dan memberikan saya ilmu... Terima Kasih juga kepada sahabat yang sentiasa sudi untuk bersahabat dengan saya serta menerima saya seadanya.... Thanks guys... Semoga syurga buat kalian...  :)

No comments:

Post a Comment