Total Pageviews


Saturday 30 November 2013

Jom tengok wayang cerita Frozen...



Sempena cuti perekolahan ni, group Mak Dara Vogue kumpulkan anak-anak dan bawa diaorang tengok wayang cerita Frozen kat GSC Mid Valley...



Frozen mengisahkan kisah dua adik beradik yang saling menyayangi.. si kakak, Elsa memiliki kuasa sakti iaitu mempunyai kuasa menukar benda menjadi ais... Malang menimpa bila si adik terkena ais dikepala dan menyebabkan si adik iaitu Anna menjadi beku.. dengan pertolongan Trolls akhirnya Anna kembali hidup. Akibatnya Raja dan Permaisuri iaitu ibubapa Elsa telah mengurung Elsa didalam bilik agar kuasa Elsa dapat dikawal. Trolls telah berpesan agar menjaga Elsa dengan baik dan kasih sayang kerana sifat amarah akan memburukkan lagi keadaan dan jika terkena jantung manusia, Trolls tidak akan dapat mengubati...

Sejak kejadiaan itu terpisahlah Anna dari Elsa... Elsa menjadi murung dan trauma akan mencederakan adiknya lagi. Sehingga mereka menjadi remaja Raja dan Permaisuri telah mangkat di lautan kerana kapal yang mereka naiki telah karam. Selepas 3 tahun dari kemangkatan Raja, Elsa ditabalkan menjadi Queen.. Malangnya pada hari tersebut Anna telah menyebabkan Elsa tidak dapat mengawal kemarahan kerana Anna mahu mengahwini Putera Hans yang baru dikenalinya sehari...

Disitulah berlakunya pergolakan, negara bertukar menjadi ais, Elsa melarikan diri, Puteri Anna pergi mencari dengan bantuan kawannya (lupa plak nama) bersama keldainya... Akhirnya dengan kasih sayang sejati seorang kakak kepada adik semuanya menjadi aman seperti sediakala...

Saksikanlah sendiri cerita yang menarik dan menyusuk hati ini dipawagam.. pasti tak rugi.. Anak-anak dapat menyemai nilai berkasih sayang sesama adik beradik.. In shaa Allah.. :)

No comments:

Post a Comment