Total Pageviews


Wednesday 2 October 2013

Projek terakhir tahun 2013 bersama anak2 PJKI.

Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan Allah swt yang Maha Mengetahui.

Lantaran itu saya memujuk hati saya yang hiba ini dengan selalu mengingati bahawa segala yang berlaku ada hikmahNya dan ganjaran bagi orang yang bersabar amat besar disisi Allah.

Kenapa saya hiba???

1. Saya dah usaha tapi saya tak dapat bawakan doktor sukarela untuk buat mini check up untuk
    anak-anak PJKI ini... (dah 3 doktor saya cuba dapatkan kerjasama tapi Allah lebih mengetahui 
    dan saya akui kerjaya doktor memang busy).

2. Seorang rakan menjanjikan untuk mendapatkan ubat kutu dan ubat cacing secara percuma dan
    akhirnya saat-saat akhir, dia bagi saya waasup  'u proceed with collections'. 

Bila saya fikirkan balik memanglah sedih tetapi saya nampak apa yang Allah nak beri ------- PAHALA... Siapa yang tak nak pahala kan??? Kalau dapat secara percuma pasti rakan2 fb saya tak dapat berkongsi pahala. Bila memasing memberikan sumbangan ikhlas pastilah semua dapat pahala tak kiralah berapa sumbangan memasing... Okla, so saya tak mau sedih2, hiba2 lagi so saya come out dengan Plan B.

Inilah aktiviti yang tengah saya plan (tentative date 27 Oktober 2013)... *setakat hari ini lah... manatau kalau dapat idea yang lagi elok saya buat plak Plan C... ;) Saya cuba dapatkan arca gigi dan tunjukkan cara menjaga gigi pada anak2 ni sebab tema saya ialah "Menghargai Anggota Badan Kurniaan Ilahi Adalah Tanggungjawab Sendiri..." dan kalau tak dapat arca gigi saya ajarlah cara cuci tangan yang betul pun boleh gak kan??? hurmmm

Akhir sekali bestfren saya bagi suggestion kat saya untuk sumbangkan tshirt untuk anak2 nie.. so saya apalagi, inilah dia hasil idea bersama : ole2 untuk anak2 ini, semoga mereka gembira... :)

.....tshirt orange untuk boys dan purple untuk girls.....

Dengan rasa rendah dirinya saya memang mengharapkan sumbangan rakan2 semua untuk menyumbang bersama2 agar projek terakhir untuk tahun 2013 ini berjalan seperti yang telah dirancangkan... Setakat hari ini RM100 telah berjaya dikumpulkan. Jumlah keseluruhan kutipan terkumpul dari baki projek yang lepas adalah sebanyak RM458.65

Duit yang rakan2 sumbangkan adalah untuk membayar tshirt (RM20 sehelai), membeli ubat kutu dan ubat cacing, makan minum semasa aktiviti dijalankan dan jika ada baki kutipan kami akan membeli vitamin C dan minyak ikan kod untuk anak2 ini. In shaa Allah...

Semoga Allah swt merahmati dan mengizinkan usaha kecil ini agar ia terlaksana dengan jayanya. Sesungguhnya saya hanya merancang dan Allah jualah sebaik2 perancang....

No comments:

Post a Comment