Total Pageviews


Monday 7 October 2013

Dilema...

Next year Mayya dah 6 tahun, setahun je lagi kat pre-school pastu dah darjah satu... Masa ambil form kat sekolah, cikgu ade bagitau nanti ade test nak streaming kelas.. ok2, saya dah mula nervous... bukannye apa, as a mom saya tahu kat level mana mayya sekarang nie... so saya kena buat sesuatu supaya anak saya tak masuk kelas droppers masa darjah satu nanti...

Dilema...........

Dah hampir 2 tahun mayya kat pre-school sekarang ni, adela sedikit improvement tapi masih banyak lagi yang perlu mayya catch up. so lepas berbincang dengan ayah mayya dan turut mengambilkira suggestion daripada kengkawan, kami putuskan untuk tahun ini, mayya still pre-school kat situ dan kami hantar mayya untuk smart readers - english class setiap hari sabtu...

Sabtu yang lepas mayya hadiri 1st class di smart readers... wow, memang best teaching style mereka berbanding pre-school sekarang. Ms Tam (principal) buat test kat mayya dulu untuk dapatkan kelebihan dan kekurangan mayya... bila dah dapat Ms Tam explain kat saya mana2 kekurangan mayya dan mereka akan polish dalam masa 3 bulan ini... Nak tau, sampaikan writing skill mayya pun dia tengok... hurmmmm... Okla pastu saya tinggalkan mayya 2 jam kat situ dan saya gi pre-school mayya sekarang ni untuk Parents meet teacher's day...

Cikgu terangkan bahawa mayya ade improvement sejak dia kena stay sampai petang kat sini. (oleh kerana Mak Long masih belum sihat lagi so mayya saya OT kan sampai saya balik kerja). Contohnya dulu mayya pendiam dan kurang bergaul dengan kengkawan yang sebaya dan sekarang dah boleh dengar mayya participate dalam kelas dan mula belajar bersama kengkawan dia... huh, saya lega dan paling seronok bila tengok bab agama tu kebanyakkannya mayya dapat outstanding results... Alhamdulillah...

So skarang ni saya tengah berfikir2 samada nak teruskan mayya kat pre-school ni atau nak hantar ke Beaconhouse??? takpe, saya ade 2 bulan lagi untuk berfikir dan semoga Allah swt memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya... Amin. :)

No comments:

Post a Comment