Total Pageviews


Saturday 28 September 2013

Hong Kong ~ Day 2

14 September 2013 ~ Sabtu

Kami check out jam 9am terus ke stesyen MTR yang berdekatan, jalan kaki tak sampai 10 minit.. ;)

**Mayya dah excited sangat nak jumpa Mickey dan Minnie nie..

Tsim Sha Shui Station


Sebelum tu saya nak tunjukkan MTR route yang kami ikuti untuk ke Disneyland dari stesyen MTR (dekat hotel yang kami menginap malam tadi).

Dari Tsim Sha Shui station (red route) ------> Lai King station ----transfer to orange route ----> Sunny Bay station ------ transfer to ------> Disneyland Resort Line

Masa tunggu train kat Sunny Bay, suasana Disneyland tu memang dah terasa... bila sampai train, memang menganga lah mulut mayya bila tengok train tu bentuk muka mickey mouse, bila dah masuk dalam train apalagi memang terpegun dia, excited sampai tak boleh nak berkata2... ;)

Disneyland's Train....


in the train... ;)



Disneyland Resort Station

Dah jenuh jadi jakun, ;) kami ke tempat parking bas... dari disneyland resort station ni kena jalan sikit ke depan untuk naik shuttle bus ke hotel. Jangan susah hati ye sebab bas ada setiap 20minit... ;)

Disneyland Hotel - Shuttle Bus

ok, kejap je dalam shuttle bus ni, tak sampai 15 minit kami dah sampai ke Disneyland Hollywood's Hotel. *yeayyyy...

Actually ada 2 buah hotel disneyland kat sini tapi kami sepakat dok kat hotel ni aje sebab hotel yang satu lagi tu (Hong Kong Disneyland Hotel) rate nye amat menakutkan... hihihi... ;)

Pre Check In...

Untuk penginapan kat hotel ni saya dah book awal-awal lagi. kena cepat book kerana bilik last minit memang selalu sold out... masa book tu saya book skali ngan entrance ticket... Nilah kadar yang saya book masa tu :

Room Type : Garden View - 01 Night  = HKD 2,420.00

1 - Day General Admission Ticket - Standard Day  =  HKD 450.00

1 - Day Child Ticket - Standard Day  =  HKD 320.00



So masa check in ni just bayar balance je sebab masa book aritu diaorang dah ambil deposit siap2 thru credit card... :) mudahkan???

Yeaayyyy ~ dh dapat entrance ticket!!

Kami sampai ni jam dah lebih kurang 10am lebih so kami pre check in dulu dan tinggalkan barang2 kami kat luggage storage untuk bersukaria kat Disneyland...

Luggage Storage

so apalagi... let's Jimba2... *yeeehhhaaaa....

Welcome to Disneyland...

Kat dalam Disneyland Hong Kong ni ade 7 attractions dan ikhlas cakap memang kami tak dapat cover pun ke tujuh2 attractions ni dalam sehari dan ade tu kami tak pergi pun... 

Antara 7 attractions tu adalah :
(1) Toy Story land - Toy Soldier Parachute Drop, Slinky Dog Spin & RC Racer. 
(2) Mystic Point - Mystic Manor & Garden of Wonders.
(3) Grizzy Gulch - Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars & Geyser Gulch. 
(4) Adventureland - Festival of the Lion King, Rafts to Tarzan's Treehouse & Jungle River Cruise. 
(5) Fantasyland - Sleeping Beauty Castle, Mickey's PhilharMagic, Fantasy Gardens & The Golden                                   Mickeys. 
(6) Tomorrowland - Space Mountain & Buzz Lightyear Astro Blasters.
(7) Main Street, U.S.A. - Flights of Fantasy Parade & Hong Kong Disneyland Railroad.

excited!!!

Kalau nak ke Disneyland Hong Kong ni kena buat kajian sikit.. kalau gi time musim panas yang mcm kami gi ni, bawalah sunblock, topi dan payung.. dan pakai juga baju dari kain cotton... hukhuk memang lencun.. sebijik terasa macam kat mekah tuhari.. kuyup mau sampai 3 kali.. hahaha!!!

with Mickey & Minnie... *v*

Tak sia2 beratur lama dan panjang dapat juga bergambar dengan kartun Mickey dan Minnie tapi malangnya gambar mayya ni tak bermaya je... Mayya ni alah sikit ngan cuaca panas, abis hilang mood happy dia.. hikhik..

Suka2 @ Disneyland....

Kalau bab main2 ni memang serah kat Mayya & Aliya.. lama menunggu pun takpe asal dapat naik permainan yang dihajati... Seronok tengok muka happy budak berdua ni...

Showtime!!! - The Golden Mickeys

Kami tengok teater muzikal - The Golden Mickeys yang memaparkan kesemua karektor Disney di Disney's Storybook Theater.... sungguh menghiburkan dan mayya sangat enjoy dan teruja tengok kartun2 ni.. yelah selama ni tengok kat Disney Chanel, Astro aje.. arini Live lagi... ;)

It's a small world......


Jimba2....

Budak 2 orang yang comel ni agak bertuah kerana dapat participate sesama dalam parade.. rezki gtu sebab terpilih... ;) so apalagi, tersenyum simpul lah mayya jadi attraction masa nie.. ;)


Parade.... - Flights of Fantasy Parade

Showtime!!! - Festival of the Lion King

Makan.... @ Tahitian Terrace

Setelah penat bermain dan berpeluh.. ;) kami pun dengan berseleranya makan.. biasalah harga makanan kat sini memanglah mahal... saya ambil set Fried Rice with Chicken ngan mineral water je dah HKD 105 gitu.. ;) takpelah sesekali kan bonding time ngan anak2.. :)

Kat sini ade 3 restoran yang menyediakan Halal Food.

1. Tahitian Terrace - Adventureland
2. River View Cafe - Adventureland
3. Explorer's Club Restaurant - Mystic Point


Bila perut dah kenyang kami sambung lagi berjalan, explore tempat2 yang belum kami terokai lagi... ;) akhirnya cuaca pun dari terang bertukar malam....

Suasana malam menjelma...
Waktu malam kat sini jam 7pm ade persembahan bunga api.. memang cantik!! dan ade sedikit kejadian yang menyebabkan saya pucat lesi dan hampir saja menangis... tapi syukur Alhamdulillah, Allah swt membantu saya... ***syukur.. syukur.. syukur...

Bunga Api!! - Disney in the Stars

Habis je tengok bunga api kami berjalan balik ke hotel... Dan memang teruja masa masuk bilik hotel especially tengok muka mayya terpegun.. sampai sekarang ni dia slalu kata nak kemas bilik supaya cantik macam kat hotel disneyland.. ;)

cantikkan katil???

main dulu ngan hasil tangkapan sebelum zzzz.... ;)

Kami belum nak tidur lagi tau sebabnya tak puas bershopping kat disneyland tadi kerana kesuntukkan masa, so apalagi jam 10pm kami turun lobby dan bershopping kat souvenirs shop... hahahaha... sampai penuh satu beg luggage boleh?? ini baru hari pertama... **sabar jelah melayan karenah anak yg shopholic... 

Untuk day 3 saya akan tunjukkan bilik penginapan kami dan persekitaran hotel ye... **dah panjang benar entri hari ini.. Gudnite semua!!! zzzzzzzz....

No comments:

Post a Comment