Total Pageviews


Friday 27 September 2013

Hong Kong ~ Day 1

13 September 2013 ~ Jumaat


Agaknya saya ni memang banyak dugaan bila nak bercuti, lagi - lagi ke luar negara... Lagi 5 hari saya nak ke Hong Kong saya dapat MC selama 2 hari. Muntah - muntah, pening kepala dan penuh angin dalam perut... Paling mendebarkan malam sebelum nak fly, perut saya serba tak kena.. Ubat yang diberikan doktor semuanya tak berkesan akhirnya saya ambil minyak herbanika Nona Roquy sapu kat perut dan alhamdulillah perut saya lega... 

Pastu mulalah saya menggelabah, suka lagi buat kerja saat - saat akhir, lagi 2 hari nak gi Hong Kong kelam kabutlah nak siapkan Booklet Hong Kong Trip 13 - 16 September 2013. Akhirnya booklet ni siap ketika jam menunjukkan 24 jam je lagi flight ke Hong Kong akan berlepas... *hihi... sib baik sempat.. ;) apa2pun tq gak kat Aju sebab dah tolong print outkan peta MTR dan juga interesting places yang bakal kami lawati.. ;)

Ni lah booklet HK trip tu... ;)


Saya dan mayya tiba di LCCT jam 2.15pm dimana Aju dan Aliya telah menunggu kami... Terlihat wajah excited saya dan mayya sebab nak jumpe mickey dan minnie esok hari... *mama je yang lebih, mayya cool aje.. ;)

Nilah flight itenary kami :

AK 1654
Depart  :  4.40pm
Arrived :  8.25pm

Sambil menunggu makan nugget dulu... :)


bye2 Malaysia... HK Disneyland, we are coming!!!


Aktiviti Mayya dalam flight - menghilangkan rasa bosan... ;)

Alhamdulillah, kami tiba di Hong Kong seperti yang telah dijadualkan.. so far so good... ;) Perbezaan waktu antara Malaysia dengan Hong Kong hanyalah 10minit waktu di Hong Kong lebih awal dari Malaysia... 

Pas je ambil luggage kami mencari Kaunter MTR untuk membeli Octopus Card (kad yang diguna untuk menaiki pengangkutan awam di Hong Kong, macam kad Touch & Go kat Malaysia). kalau nak tau lebih lanjut tentang Octopus Card ni, lehla klik sinihttp://www.octopus.com.hk/get-your-octopus/en/index.html



Ni price Octopus Card yang kami beli :

Adult  = HKD 200 (deposit = HKD 100, value = HKD 50, add value = HKD 50)
Child  = HKD 120 (deposit = HKD   50, value = HKD 20, add value = HKD 50)

Jangan risau, baki wang dalam kad ni boleh kita tebus semula sebelum pulang balik ke Malaysia, dengan syarat jangan lupa lah ye... ;) hehe...

Oleh kerana jam telah menunjukkan ke angka 9 lebih dan dah gelap kat luar sana so kami sepakat untuk naik teksi je ke hotel... Lapangan Terbang Hong Kong ni amatlah besar dan bertingkat - tingkat, jenuh jugalah nak cari kat mana nak dapatkan teksi sebab kami dah terlepas jalan ke arah taxi stand dan nasib baiklah ringan mulut nak bertanya kat kaunter pertanyaan... Alhamdulillah dengan mengikut signboard kat situ akhirnya kami sampai ke tempat mengambil penumpang dan sampai lah ke hotel dengan mengambil teksi No 1 (urban taxi ke Tsim Sha Tsui). Perjalanan mengambil masa hampir 45minit. :) Tambang bermeter yang dikenakan adalah HKD 240.

Australian Guest House yang kami book di booking.com (HKD 650 per nite) agaklah scary jugak sebab ramai 'gagak hitam' kat sini.. Nasib baiklah sekejap aje just nak tidur dalam 7jam sebab esoknya awal - awal pagi lagi dah nak berangkat ke Disneyland... *yeeeehhhhaaa...

p/s : lif dia jangan ceritalah... bukan main lama nak tunggu.. ;)

Bilik tidur kami yang telah di upgrade secara percuma - Alhamdulillah..

keadaan toilet yang hanya muat2 badan.. ;)


Persekitaran luar bilik hotel...

Rezeki kami berempat sebenarnya, oleh kerana masa check in tu diaorang nampak ada 2 orang budak comel ni so kami dapat free upgrade room... so inilah bilik kami... bayangkan dah dapat free upgrade room pun cukup2 je ruang untuk berjalan, kalau lah bilik yang dah kami tempah tu bagaimanalah rupanya kan??? ;) sesungguhnya kos penginapan kat Hong Kong ni memang mahal... 

Masuk bilik je kami pun apalagi... bersiap nak tidur, dalam kepala memasing dah tak sabar nak check out dan bergembira kat Disneyland....;) 

No comments:

Post a Comment