Total Pageviews


Monday 7 May 2012

Menziarahi Pak Long



Selepas Anim abis kelas master nye jam 9mlm kami bertolak balik ke JB. Jam 2am kami sampai dan dijamu dengan murtabak kg melayu... nyum2...

Kali ini kami menghabiskan masa bersama pak long sepanjang hujung minggu. Mayya seperti biasa amat peramah dengan atok longnya. Atok Long bawa mayya ke kedai, macam2lah jajan yang dibelikan Atok Long untuk mayya. :)

Sebelum balik KL, kami dijamu dengan laksa johor.. memang enak sekali. Kali ini pak long banyak memberi pesanan buatku. Antara pesanan pak long agar perbanyakkan mengaji dan qiamullail di malam hari... Pak long turut menitipkan zikir2 amalan sepanjang hari. Selain itu pak long berpesan agar selalukan menolong orang susah terutama kepada ibu tunggal. Jangan kedekut untuk menghulurkan sumbangan walaupun 10sen.

InsyaAllah segala pesanan pak long saya sematkan didalam hati. Buat diri saya yang ketiadaan ayah seusia 12 tahun, segala pesanan pak long yang seumpama ayah dihati saya amat terkesan dihati. Semoga saya menjadi hamba Allah yang beriman sentiasa. Amin.

No comments:

Post a Comment