Total Pageviews


Friday 4 May 2012

Golden Palm Tree, Sepang Goldcoast


Setelah penat memerah otak menyiapkan laporan kewangan untuk Mesyuarat ALP dan bermesyuarat sehingga jam 1.30am akhirnya penat lelah dapat dilepaskan dengan bercuti hujung minggu bersama insan2 tercinta dalam hidup saya. Apa2pun terima kasih pada kak Aidah kerana sponser percutian ini. :)

Sesampai di hotel terasa ringan kepala dengan keindahan suasana disana. Resort ala2 rumah kayu diatas air beratapkan rumbia memang amat menyegarkan... Mayya lah yang paling seronok kerana Aliya turut serta bercuti bersama. Adelah dia kawan bermain.. :)





Paling mencuit hati sewaktu budak berdua ni seronok mandi manda di swimming pool. Datanglah anak dan bapa ni dengan pelampung buaya. Punyalah ketakutan mayya melihat buaya.. Sambil menjerit terus keluar dari swimming pool. Sakit perut mama nih ketawa melihat wajah mayya yang pucat lesi sambil menggeletar. Aduhai mayya.. ;) Terus ajak balik bilik.. tergendala niat nak mandi... hehehe.










Kami pulang ke KL dengan hati yang riang serta minda yang segar.. Esok nak kena buat laporan untuk mesyuarat pengurusan pula.. pastinya ari khamis mesyuarat seharian lg... Semoga Allah swt mempermudahkan semuanya.. :)

No comments:

Post a Comment