Total Pageviews


Saturday, 23 August 2014

Acheh ~ Day 2

Bangun pagi ni saya rasa pilu... hari ini merupakan hari berkabung negara atas tragedi MH17. Pada hari ini juga diadakan istiadat bersejarah menerima mayat2 mangsa MH17 dengan penuh istiadat negara. Al - Fatihah doa saya dari Acheh buat mangsa yang beragama Islam... Syukur kerana identiti mangsa dapat dikenalpasti dan dapat dikebumikan sebaiknya...

Sarapan pagi disediakan oleh pihak hotel.. Mayya masih setia dengan roti sapu coklat Nutella... ;)

Jom bekpes...
Mayya & Ipad tiada berpisah...
Jom saya kongsikan tempat - tempat menarik di Banda Acheh yang sempat dilawati hari ini...

1)  Muzium Tsunami, Acheh - dibina bagi memperingati kejadian Tsunami yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan ribuan nyawa... Tayangan kejadian tsunami juga disajikan kepada para pengunjung... Amat menyentuh jiwa kecil saya.. terasa insaf, betapa kerdilnya diri ini melihat kekuasaan Allah swt. Mayya juga banyak bertanya persoalan yang mengusik jiwa kecil saya ini untuk memberikan jawapan yang dapat difahami oleh anak kecil seperti mayya...

Museum Tsunami
Tayangan kejadian tsunami
...di terowong kegelapan...PadaMu Allah swt kami beriman..
senarai nama mangsa tsunami

kelihatan bendera negara2 yang membantu..

arca museum tsunami
Simulasi guncangan gempa
dimanakah Aceh??

Gambar selepas kejadian tsunami..
Tsunami datangnya air menegak... Allahuakbar!!
ruang simulasi gempa & tsunami
berlari menyelamatkan diri...
masjid yang terselamat dari tsunami
I'm here!!

2)  Kapal atas rumah - SubhanaAllah, Allahuakbar... Bayangkan kapal sebesar ini dibawa air tsunami dan terdampar di atas rumah... Begitu besarnya kuasa Allah swt... I'm speachless...

baca keterangan kisah kapal atas rumah disini...
tengok kapal tu.. tak rosak, cantik je landing kat situ...
pertanyaan mayya sukar untuk dijawab....
tingginya diatas bumbung rumah...

gambar selepas kejadian tsunami..

3) Rumah Aceh - Irwan bawa kami pusing2 tengok rumah asal Aceh. Rekabentuk yang menarik dan kreatif...








Jam 12.30pm Irwan hantar kami balik ke hotel sebab Irwan nak ke masjid untuk solat Jumaat. Petang ni kami akan ke Pulau Sabang. Sementara menunggu Irwan kami pergi isi perut dulu.

Pilihan kami kali ini adalah gerai santai di tepi jalan berdekatan hotel kami menginap ni.. Kami try makan siomay dan es campur.... apa tu??? haaa... jom tengok gambar ye...



Ni es campur - Cendol sebenarnya dan ada tapai pulut...Nyum2.. sedap!!
Siomay nya sedap macam rojak lebih kurang..
Ni nasi soto... tak brape kena ngan tekak saya... ;)

Kami dihantar Irwan ke Pelabuhan Penyeberangan Ulee Lheue untuk menaiki feri ke Pulau Sabang... yeeeayyy... excited nak naik feri eksekutif ni, laju dan selesa kami dimaklumkan... ;)

Ulee Lheue Ferry Port
Beli tiket...
Ok, let's go...
keadaan dalam feri - selesa...
Kami dah sampai!! - Herman menanti ketibaan kami.
Welcome to Sabang Pulau Weh...

Alhamdulillah perjalanan feri selama 45minit dapatlah saya melelapkan mata berehat sebentar. Ketibaan kami disambut oleh Herman. Kami dibawa dari pelabuhan ke hotel oleh Herman dan akan berhenti ditempat2 menarik di Pulau Weh ini dalam perjalanan ke hotel. Sungguh indah bumi Sabang ini, saujana mata memandang kehijauan dan kebiruan amat menenangkan kepala saya yang berserabut dek bebanan kerja dipejabat... ;)

Jom saya kongsikan gambar2 menarik sepanjang perjalanan ini...



4)  Kilometer 0, Indonesia  -  Tugu Kilometer 0 adalah 15km dari Kota Sabang. Tugu Kilometer Zero (titik Nol) adalah sebuah tugu yang menandakan tempat paling hujung dalam negara Indonesia yang menjadi awalan kilometer untuk kepulauan Indonesia keseluruhannya. Ia terletak di hujung Pulau Weh, hujung Sumatera dan merupakan titik paling hujung sekali...

Kilometer 0, Indonesia.
Bersama sijil kami...
We are here...
Alhamdulillah, kami berkesempatan melihat matahari terbenam di hujung titik 0, Indonesia... Tq Allah swt... 

remang senja...
sunset...
Indah ciptaan Allah...

Sambil menyaksikan sunset yang indah ini, terdetik dihati betapa saya bertuah kerana diberi peluang oleh Allahurabbi dapat bersama insan2 tersayang iaitu mayya, kak long dan ea disini dalam suasana romantik seperti ini.. Betullah kata alim ulama, bila kita rasa sepi tiada siapa disisi rupanya kita lupa yang Allah swt tak pernah kecewakan kita, tak pernah tinggalkan kita dan apa yang dihadiahkan olehNya adalah terbaik buat kita sebenarnya... Hanya kita yang tak mahu mengerti....


p/s : saya sambung kisah sabang di entri Acheh - Day 3...  ;)

Friday, 22 August 2014

Acheh ~ Day 1

Assalammualaikum kepada peminat blog sekalian...

Kali ni saya nak kongsikan kembara saya ke bumi Acheh yang digelar Serambi Mekah...
Bila saje saya kata nak ke Acheh, semua orang terkejut dan bila ajak kengkawan join skali ade yang pelik kenapalah saya ni beriya sangat nak ke Acheh.. apa yang ade kat Acheh tu?? kata mereka..

Nah, sekarang ni biar saya share pengalaman saya berada di Acheh selama 4 Hari 3 Malam...

Acheh... here we go...
Cik Mayya & Kak Ea ready to check in...
Alhamdulillah ~ safely arrived...

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Acheh jam 2.15petang. Mayya, Kak Long dan Ea tidak berapa sihat, batuk dan demam. Irwan telah setia menunggu kami dan setelah check in hotel Rasamala Banda Acheh, kami rehat sebentar dan keluar semula untuk makan malam.

Sebelum makan malam saya bertemu dulu dengan Pak Safriyal untuk bertanya lanjut tentang Rumah Anak Yatim Mangsa Tsunami yang akan kami lawati. Setelah berbincang secara mendalam kami memilih untuk ke Rumah Dayah Nurul Huda yang menempatkan 300 orang anak2 yatim / susah untuk saya sampaikan kiriman barangan dan wang tunai dari rakan - rakan fb saya di Malaysia..

Sebelum ke rumah anak2 berkenaan kami singgah makan malam dulu.. Irwan bawa ke Rumah Makan Khas Aceh Rayeuk... Nyummmm, makanan asli orang Aceh... *sedap... 

Rumah Makan Khas Aceh Rayeuk..
Mau makan apa ya Ibu???
Ambil order...


Kami order Nasi Putih, Ayam Tangkap (nie memang sedap - must try), Keropok, Kangkung, Sate, Dendeng Sapi (must try too - sedap!)...

Sedapnye...

Kak Long & Air Avocado nye...

Kami berkesempatan ke Rumah Dayah Nurul Huda untuk berkenalan dengan pengasasnya, Ustaz Deraman dan buat temujanji untuk datang melawat anak2 ini pada hari sabtu. Sedikit sumbangan wang tunai dari rakan2 fb saya serahkan kepada ustaz bagi memenuhi keperluan anak2 disini... Terdapat 300 orang penghuni lelaki dan perempuan berusia diantara 7 hingga 20 tahun. 


Dayah Nurul Huda..
Tempat berkumpul...
Sesi beramah mesra..
menyerahkan wang sumbangan dari rakan2 fb...

spread the love...

Malam masih muda... apalagi marilah kita shopping kat Hermes Palace Mall atau kat Acheh dikenali sebagai PT. Matahari merupakan department store terbaik... memang rambang mata, pelbagai produk berjenama luar negara dijual disini rata2 boleh kita dapat di Suria KLCC atau Pavillion di KL. Mayya tak lepaskan peluang beli baju dan seluar princess... kebetulan ade sale 50% dapatlah harga dalam RM25 je duit kita.. murahkan?? :)

Hermes Palace @ Banda Acheh
Jom Shopping...

Ok.. penat dah shopping, continue day 2 ye...  ;)

Sunday, 10 August 2014

CIC Trans - Sport Day 2014


Hi semua... 

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya menghadiri sukan sekolah anak saya kat tasik titiwangsa. Tema tahun ni ialah CIC Trans-sport Day 2014.

Ada 4 kumpulan.. Red (mayya dalam group ini), Blue, Yellow & Green....

Mayya lah paling seronok dan saya pun enjoy tengok gelagat anak - anak comel ini menunjukkan bakat bersukan mereka..

Terima Kasih buat teachers yang sabar dan tabah melatih mereka dan tahniah CIC kerana berjaya organise majlis ini...

Jom kita layan gambar...