Total Pageviews


Thursday, 10 July 2014

Majlis Sumbangan Baju Raya Aidilfitri 2014



Sedikit perkongsian bersama rakan blog saya... Opis saya tahun ni mengadakan Majlis Sumbangan Baju dan Duit Raya bersama 35 orang pelajar dari keluarga susah yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang di AEON Setiawangsa.

Jam 10am dengan menaiki bas, kami mengambil adik - adik ni dan bawa mereka ke AEON Setiawangsa..

Bas dah ready nak jemput adik2 kat sekolah...

Sekolah Menegah Taman Tasik Ampang
Jom naik bas...
Wajah - wajah ceria..
Sedikit penerangan ringkas dari saya...
Khusyuk mendengar penerangan ringkas..

Semasa dalam bas, saya selaku Floor Manager untuk majlis ini (tenkiu kpd semua staf & tuan CEO yang telah memberikan kepercayaan kpd saya bagi memastikan majlis ini berjalan lancar..) memberikan sedikit penerangan ringkas kepada adik - adik ni.. Saya terangkan kepada mereka yang setiap seorang telah diperuntukkan RM150.00 untuk membeli baju raya lengkap dari kepala hinggalah kaki... Pilihlah apa sahaja jangan lebih daripada RM150.00 udah lerrr... ;)

Kelihatan semuanya berpikir2.... saya makin excited... teruja nak tegok apa akan jadi nanti... ;)  jeng... jeng... jeng...


Ok dah sampai..
bergerak masuk...
tingkat 2, AEON..
Sekali lagi diberikan penerangan rigkas dan dipecahkan mengikut kumpulan kecil..


Sesampainya kami di AEON Setiawangsa, kelihatan AJK dan CEO telah setia menanti kehadiran adik2 ni... Wowww... memang seronok... Kak Wiya sekali lagi memberikan penerangan ringkas dan membahagi2kan adik2 ni dalam beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan AJK dan petugas AEON untuk assist mereka memilih baju raya....

Jom kita layan gambar... :) 

Dah masuk kumpulan...

Penerangan dari petugas AEON..
pilih baju...
yang mana satu nak pilih cikgu??
dah dapat idaman hati...
pilih dik...
senyum je adik ni...
saya pun sama.. warna je lain.. ;)
Adik Zul dan CEO, borak apalah tu ye??
Senyum ye dapat jeans... :)
Ni tshirt saya...
Good... macam anak ngan bapaklah pulak.. ;)
Cantik!!
smart...
pening ye nak pilih tu dik...


#Kisah adik Muhammad Azim (bersongkok)
  
  Adik ni first time jejakkan kaki ke shopping mall... Adik Azim ni merupakan anak angkat 
  dan tak pernah kenal ibu dan ayahnya. Selama ini apa sahaja pakaian yang diberikan 
  padanya dia pakai tanpa banyak soal. Jadinya, arini dia blurrr.. tak reti nak pilih       
  sendiri...


Cikgu pilihkan utk adik2 pendidikan khas yang tak dapat hadir bersama..

dah dapat yang berkenan dihati...
Jom pilih kasut...
alaaa... saiznya takde lah pulak... :(
suke nya...
Biru itu Lembut... Biru itu Ayu... ;)
Dah dapat kasut???
Jom pilih tudung...
Adik Intan...
Bergambar kenangan bersama...

#Kisah Adik Intan Lyana...

  Adik Intan merupakan pelajar tingkatan 3. Anak bongsu dari 10org adik beradik dan telah 
  kematian ibu dan ayah (anak yatim piatu). Adik Intan tinggal bersama kakaknya yang  
  mencari rezeki dengan menjual Laksa. Adik Intan tak mahu membeli kasut raya kerana  
  dia tak pernah pakai kasut cukuplah hanya dengan memakai selipar... tak sampai hati,  
  saya tolong pilihkan sandal untuk adik Intan sebagai alas kakinya menyambut Aidilfitri..


Ambil lah kasut ni... cantik...

Ok, dah pilih... meh kita kira...
Ok tak seluar baju melayu ni??
Pilih tshirt plak...
Apala yg diborak oleh CEO dan HRM ni ye?? #dah mcm model pun iye gak nie...  ;)
Yang ni pun ok ape...
Keseronokkan jelas tergambar dari wajah... :)
Pilih kasut yang berkenan dihati...
Sibuk berbincang... #Candid
Chayok!!!

seronok nampak??

#Kisah Adik Noor Aliff (Tengah)

  Adik Aliff merupakan penghidap penyakit saraf. Walau tak sihat dan perlukan ubat di  
  inject 3x sehari, adik Aliff tetap tabah berpuasa. Alhamdulillah begitu kagum melihat  
  keimanannya... Memalukan bagi mereka yang sihat tetapi culas berpuasa.. 
  Well done Adik Aliff!!



takde saiz kena gi bahagian kanak2...

Bergambar kenangan bersama Adik Zul..
Selesai!!

#Kisah Adik Suzana ( Pertama dari Kiri)

  Adik Suzana merupakan anak yatim tinggal bersama ibunya dan seorang kakak. Ibunya  
  mengambil upah menjaga anak orang dengan pendapatan RM400 sebulan. Adik Suzana  
  mulanya keberatan untuk memilih baju dan mahu menggantikan dengan barangan dapur  
  agar dapat menjamu makan berbuka puasa sekeluarga sepanjang Ramadhan ini. Sukar 
  untuk melihat adik Suzana tersenyum...



Bergambar bersama Store Manager AEON...
Happie...
Kira2...
Proses Membayar bermula...
Kaunter Pembayaran yang happening...
Aku Pokai... #hahaha


Alhamdulillah semuanya telah berjaya menghabiskan peruntukkan... ada yang dapat macam2 dengan hanya RM150.00... Syabas!!!

Sebelum balik, Wakil Guru telah memberikan sedikit ucapan terima kasih dan menyusul ucapan dari CEO kami. CEO berpesan pada adik2 ini agar menuntut ilmu dengan tekun... Ilmu adalah bekalan kehidupan.. Ilmu juga adalah harta yang amat bernilai... Semoga adik2 ini dapat bergembira dihari raya dengan baju baru...  :)

Ucapan Terima kasih dari Wakil Guru...

Ucapan dan amanat dari CEO

Tak lupa juga dititipkan duit raya kepada adik2 ini...  :)


Sedikit Duit Raya dihulurkan...

Tq...
Cenderahati buat cikgu...
Alhamdulillah....

Balik...
suasana riang balik ke sekolah...
Thank You Allah swt...

Allahuakbar...   SubhanaAllah...   Alhamdulillah....

Syukur kehadrat Ilahi majlis ini berjalan lancar dengan izinNya... Kami rasa bahagia pabila dapat membahagiakan anak - anak Istimewa ini... Pengalaman saya hari ini takkan dapat saya lupakan... amat mendidik hati saya dengan rasa syukur atas apa yang telah Allah berikan kepada saya selama ini. 

Semoga acara ini menjadi acara tahunan syarikat... Amin. 

Sunday, 6 July 2014

Sumayyah & CIC's Ramadhan Roadshow 2014


Alhamdulillah... Mayya terpilih mewakili CIC Bangsar dalam CIC's Ramadhan Roadshow 2014 di kompleks membeli belah Paradigm Mall, Kelana Jaya. Roadshow ini merangkumi beberapa CIC yang terlibat... memang terhibur melihat kebolehan anak - anak ini. Sesuai dengan tema CIC - Where Leaders are Born, persembahan dihadapan orang ramai ini memang mendidik anak2 ini dengan keberanian untuk ke hadapan serta yakin pada diri sendiri.

Amazingly, saya pun terkejut dengan bakat dan keyakinan yang tinggi ada pada Mayya walaupun 2 malam sebelumnya dia dah nervous sebab tak hafal step tariannya... hihi

Syukur semasa Mayya menyampaikan persembahan Tarian Zapin Lagu Lidah Tak Bertulang nyanyian M. Nasir, amat yakin dan langsung tak lupa step... Well done Mayya.. :) Terima Kasih pada cikgu yang yakin pada kebolehan Mayya serta sabar dalam mendidik dan mengajar Mayya... Saya yakin bukan mudah, sungguh murni usaha yang telah dibuat oleh cikgu2.. :)

Oklah, jom kita layan gambar2 yang sempat saya snap... 


Mayya pertama duduk dari kanan... :)

Amboii.... mengalir airmata saya tengok pandai mayya menari...


Persembahan Lagu Weather...

Persembahan Choral Speaking...

Persembahan Mari Berselawat...

Persembahan Tarian Arab..

Bergambar kenangan bersama Teacher Mayya..

Disebalik kejayaan mereka, cikgulah yang berjasa...

Smile....

Teacher yang amat menyayangi Mayya.. :)

Monday, 30 June 2014

Ramadhan Kareem..


Ramadhan Kareem...

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan lagi dengan Ya Ramadhan.... Bulan yang mulia, penuh keberkatannya... Berlumba - lumba lah kita mengumpul bekalan diakhirat kelak....

Kelazimnya, rakan2 saya akan menyumbangkan barangan keperluan asas untuk anak-anak PKKI di Rawang bersempena dengan Ramadhan ini...

Syukur, pada 1 Ramadhan barangan asas berikut telah dihantar ke rumah anak-anak PKKI berkenaan :

1.   Beras
2.   Gula
3.   Telur
4.   Bihun
5.   Air Kordial Oren
6.   Milo
7.   Susu Tepung
8.   Minyak Masak
9.   Almond Brownies
10. Pakaian Terpakai untuk anak - anak lelaki

Terima kasih buat rakan2 yang sudi menghulurkan sumbangan, memberikan anak2 ahli syurga ini sesuap nasi... hanya Allah lah sahaja sebaik2 pemberi balasan... Sesungguhnya Allah swt telah berjanji pada hambanya bahawa bila saja hambanya memudahkan urusan orang lain maka akan Allah swt akan mudahkan urusan hambanya itu juga.... Marilah kawan2, kita taburkan kebaikan, kita tanamkan benih kasih sayang antara kita... Moga Keberkatan Ramadhan ini dapat kita kongsi bersama....

Salam Ramadhan....

P/s : InshaaAllah pada 15 Julai 2014 (Selasa) akan diadakan Iftar bersama anak2 PKKI dan Warga Emas... Jika ada yang berminat nak join buka puasa sama2 bolehla bagitau saya.... dan kalau ada yang nak menyumbang sama, amat2lah dialu2kan... :) Tq guys!!