Total Pageviews


Wednesday 17 September 2014

Kuala Selangor...


Salam 1 Malaysia....

Selamat Menyambut Hari Penubuhan Malaysia... 16 September 2014.

Sempena dengan hari cuti ni saya dan Mayya join program dengan grup Mak Bawang ke Kuala Selangor... Jom tengok apa aktiviti santai kami bersama anak2... :)

Saya Anak Malaysia...
Mayya + Aliya + Yipyip
seronok anak berdua ni....

Kami berkumpul kat rumah Aimi dan kami singgah kat Cendol Bakar on the way kami untuk lunch... kenapa minum cendo dulu ye? sebab takut lambat cendol dah habis... tempat ni memang glamor... ramai orang yang sanggup datang ke sini malah yang dari jauh pun ada demi menikmati cendol yang sedap nie... :)

Otak2 pilihan si Mayya..
Menikmati Cendol Bakar...
Char Keow Teow...

Sebenarnya kami nak makan seafood kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram ni... sering dengar dik Aimi dok promote kata best makan kat sini.. so jom kita tengok betul tak???  ;)

Main entrance...
Jom pilih ikan.. - segar!!
Gazebo utk di sewa..
Gazebo kami....
seronok bermain pasir...
cantik kan pemandangan??

Memang best... dari suasana restoran ni memang welcoming... boleh pilih duduk dalam gazebo sambil memandang ke pantai, tenang fikiran disapa angin pantai gitu.. Ikan pulak segar dan sedap dimakan... anak - anak seronok bermain pasir di pantai... memang tak rugi datang ke sini. Harga pun murah berbanding makan seafood di tempat lain. Menu yang kami pilih ialah Ketam Cili, Udang Butter, Sotong Telur Asin, Tomyam Campur dan Kembong Bakar...

Ketam Cili
Pelbagai juadah... Sedap!!

Selesai makan kami ke destinasi seterusnya... Kota Melawati..

Kami terpaksa menapak sebab servis tramp naik telah tamat disebabkan kami sampai lewat... Alang2 dah sampai kami sepakat nak menapak aje ke atas... chayok2!!

mendaki bukit melawati..

Makam DiRaja
Makam DiRaja...
Makam DiRaja dari luar pintu...
Tramp...
Letih mendaki... kita rehat sekejap..
Amboiii... buat ape si hitam 2 ekor tu?? ;)


Semasa mendaki kami terserempak dengan monyet2 yang seronok berkeliaran kat sini... ada jugak uncle jual makanan untuk diberikan kepada monkey2 nie.. Mayya sibukla nak bagi monkey makanan so belikanlah secekak kacang panjang... Mayya konon nak beri satu2.. alih2 monkey ni lagi bijak.. dirampasnye yang secekak tu... begang lah si mayya.. dahla dia memang anti ngan warna hitam... makin tak berkenan dia ngan monkey hitam... hikhik... ;)

rampasan kuasa... hahaha

syiok menikmati hasil rampasan... hehehe
apalah yang cuba dilakukan 2 ekor nihhh..
diremang senja...
mayya sedih je tgk monkey ni dgn hasil rampasan...
meriam dan matahari terbenam...


Sambil menikmati mentari melabuhkan diri kami makan aiskrim ramai2... memang best... cooling feeling giteww.. ;)

menikmati aiskrim...

meriam - mayya dan aliya..
mayya yang snap gambar nie... cantikkan??

Rumah Api Kota Melawati...


Berakhirlah cerita kami hari ni... memasing balik rumah dengan hati riang... semoga dapat bersama cam gini lagi... :)

No comments:

Post a Comment