Total Pageviews


Wednesday 16 July 2014

Iftar Bersama Anak - Anak PKKI dan Warga Emas, Rawang..

Sempena cuti Nuzul Al - Quran, saya dan rakan2 FB mengadakan majlis Iftar Bersama Anak2 PKKI dan makcik2 dari Rumah Warga Emas, Rawang... Kutipan untuk majlis ini telah giat dikumpul sejak bulan Mei lagi. Alhamdulillah dengan wang kutipan yang diperoleh dapatlah kami meraikan insan2 istimewa ini... Tenkiu kepada para dermawan... :)

Tahun ni saya memang minat sangat memasak dan membakar... beli kat kedai saya rasa tak puas so saya buatkan 200 biji mini tart buah nutella untuk majlis Iftar ini. Alhamdulillah dengan pertolongan Ea, Kak Aidah dan Kak Long, mini tart ni dapat disediakan on time... hehe

Tart Buah Nutella...

Sebelum kami berbuka puasa bersama2, kami adakan dulu Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya... Pertandingan ini terbahagi kepada 6 kumpulan. Seorang sahaja pemenang yang akan dipilih dari setiap kumpulan... :) Actually, suka2 je adakan pertandingan ni, disamping dapat mengadakan aktiviti dengan anak2 ni dapat juga kami melihat bakat2 terpendam yang ada pada anak2 ni... kekadang dari lukisan mereka juga dapat kita baca rasa hati mereka... ;)
Nisa bersama anak - anak perempuan PKKI

Ea berusaha mendapatkan 6 kumpulan...
Kumpulan Iftar diketuai oleh Nisa
Kumpulan Rahmah diketuai oleh Dja
Kumpulan Moreh diketuai oleh Aju
Kumpulan Zakat diketuai oleh Kak Aidah
Kumpulan Semanis Kurma diketuai oleh Ea
Kumpulan Mubarak diketuai oleh Azlia
semangat melukis...
dah siap...
menampal pulak...
jom mewarna...
khusyuk adik2 ni mencipta kad raya..
Aju membantu...
warna biru menjadi pilihan..
Aliya wat kad raya untuk sape tu?
Apa yang mayya tulis tu??? hihi..
hasil kreatif..
haaaa...... sronok adik ni mewarna..
hasil kreatif mayya..
Insan2 Istimewa dari Rumah Warga Emas, Rawang...

Makcik - makcik dari Rumah Warga Emas, Rawang diberikan amanah untuk memilih para 6 pemenang berdasarkan kreativiti kad raya masing2... Seronok tengok kad raya mereka.. Memang benar, antara rasa hati mereka inginkan balik kampung dengan kereta, naik motor.. nak makan ketupat dan paling banyak naik main bunga api... :) Jom kita tengok kad raya yang telah dipilih untuk memenangi pertandingan mencipta kad hari raya ini...

Pemenang Pertama - Adik Assakhie
Pemenang - kreatif...
Pemenang - Hassan
Pemenang..
Pemenang - Adik Waqar

Sementara menunggu beberapa minit lagi untuk berbuka puasa kita bagi dulu hadiah kepada para pemenang... Ummi dengan berbesar hati sudi untuk menyampaikan hadiah... :)

Acara Penyampaian Hadiah..
Ok... sape yang menang??
Ummi menyampaikan hadiah..
Wahhhh... seronok adik ni..
Ok.. pemenang lagi...
Senyum manis dapat hadiah..
Seronok adik ni dapat hadiah..
Azan Maghrib telah berkumandang.. Jom kita makannnn... opppssss... baca doa buka puasa dulu ye... ;)


Ramai2 baca doa berbuka puasa..

Jom makan...
Ea melayan anak2 perempuan..
sape nak satay???
melayan anak2 ni makan.. #seronok..
nasi ayam pembuka selera...
Sedap!!!
berselera anak2 ni makan... Alhamdulillah..
Dja melayan anak2...
Waahhh, borak ape tu Azlia??
Smile..........
Suke tgk adik ni makan satay..
Ea & Kak Long..
Bergambar kenangan bersama makcik2 dari Rumah Warga Emas, Rawang.
Ea bersama Ummi..
Selepas itu kami solat beramai2 dan majlis pemberian duit raya dalam pouch hello kitty untuk anak2 perempuan dan pouch mickey untuk anak2 lelaki.. Terima kasih kepada penyumbang yang dengan ikhlas hati membuat sendiri, menyulam dan menjahit pouch ini utk mereka. Moga Allah swt menerima amalan baik beliau ini.. Amin.  :)
Seronok dapat pouch Hello Kitty berisi duit raya..
Semua dapat Pouch Hello Kitty..

Selepas itu, kami sambung semula dengan acara pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta kad raya..

Pemenang lagi..
Kreatif...
Ni Aliya punye..
Nak balik kampung naik kereta... :)

Selesai sudah majlis Iftar ini, akhir sekali kami bergambar kenangan bersama...

Happy...

Alhamdulillah... Syukran Ya Allah...

Me & Adik Adibah..

Ea dan hensem boy... ;)

Muka2 riang...

Yeayyy... kami dapat duit raya!!!

Kami ade Pouch Mickey Mouse...

Hanya gambar dapat menggambarkan rasa hati..

antara wajah2 kesayangan hamba..
Masa amat mencemburui kita, rasa tak mahu berpisah dengan anak2 ini.... Banyak yang saya telah pelajari hari ini, terima kasih Ya Allah kerana mendidik hati ini... Anak2 ini walau berusia antara 4 hingga 6 tahun telah gigih berpuasa penuh dan bersolat jemaah... anak - anak ini tertib perlakuannya walau ada antara mereka yang tak beribu tak berayah... melalui lukisan mereka tergambar kerinduan... kekosongan dan kesedihan hati mereka... Ya Allah, peliharalah anak2 ini... lindungi dan rahmati lah mereka Ya Allah... semoga kasih sayangMu sentiasa bersama mereka... Amin.

Buat rakan2 fb dan sukarelawan yang telah menjayakan majlis ini, terima kasih... Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas segala kebaikan yang telah anda hulurkan seikhlas hati. Doa saya semoga kita istiqomah dalam menghulurkan kebaikan.. Sama2lah kita menjadi manusia yang bermanfaat sesama kita, agama dan negara...

Jazakallah...

No comments:

Post a Comment