Total Pageviews


Friday 27 April 2012

Mayya & Aliya di Kidzania KL


Saya dan Aju telah lama berhasrat nak bawa Mayya dan Aliya ke Kidzania KL. Syukur sempena cuti Pertabalan Agong yang lepas kami berpeluang menghabiskan masa disana. Memang seronok tengok kanak-kanak disana 'berlagak bekerja' seperti orang dewasa dan Kidzania KL memang 'COOL'... :)

Entrance fees untuk kanak-kanak seusia Mayya dan Aliyah adalah RM55.00 seorang. Dengarnya macam mahal kan? tapi jangan khuatir kerana budak-budak tu akan dapat 50oz seorang (duit Kidzania) ala-ala duit Monopoly gitu bagi perbelanjaan mereka di Kidzania tu dan mereka juga akan dibayar upah bekerja.. Menarikkan?

Mayya dan Aliya sempatlah bekerja sebagai Paramedik (8oz), Dentist (12oz) dan Pilot (15oz). Total upah bekerja mereka pada hari tersebut adalah 35oz. Budak berdua ni gi buat 'face painting' (30oz) untuk half face... :) so baki duit diaorang tu 55oz. Untuk melayakkan mereka membuka akaun CIMB Kidzania, minimum simpanan adalah 50oz. Jadinya, mereka akan diberikan ATM kad dan bila datang lagi bolehla gunakan kad ATM tu untuk keluarkan duit dan berbelanja di Kidzania.. Bestkan??? Memang berbaloi bawa anak-anak kesana.. 5 bintang untuk Kidzania KL...

Pilot... stimulator pun real.. :)

Doktor Gigi


No comments:

Post a Comment