Total Pageviews


Friday, 31 October 2014

makan pancake...


Setiapkali ke Ampang Point Shopping Centre mesti teringin je nak cuba makan kat Paddington House Of Pancakes nie... Alhamdulillah arini saya dapat gak merasa makan kat sini...

Sedap dan memang lain dari yang lain... Pelbagai pancakes yang dijual dalam portion yang berbaloi dengan harganya... 

Cubalah pasti takkan menyesal... :)

Perky Lemon Mint...

Variety Of Pancakes!

Thursday, 30 October 2014

Bertemu Cikgu....



Parent Teacher Meeting @ CIC Bangsar....

Bila mama & ayah bertemu teacher, cik Mayya pun tersipu - sipu... haaaa... kantoi yer mayya??  ;)

Tuesday, 28 October 2014

Happie Besday



Selamat Hari Lahir yang ke 50 tahun buat rakan sekerja saya, Kak Sa'adiah...

Terima Kasih untuk 4 tahun bekerja bersama serta memberikan komitmen terbaik di Jabatan Kewangan... Banyak jasanya selama 24 tahun bekerja di syarikat ini.

Saya amat bertuah dapat bekerja bersama beliau dan banyak menimba ilmu juga dari beliau... Seorang yang lemah lembut dan tidak kedekut ilmu.

Teringat pesan Prof Dr Muhaya, sebagai ketua kita kena hargai jasa pekerja bawahan kita dan demi menyahut saranan Prof itu, hari ini saya masak sendiri Devil's Choc Cake, Spagetti & Macaroni Beef Bolognese serta Potato Salad untuk semua staf di Jabatan saya makan - makan sempena menyambut besday kak Sa'adiah...

Alhamdulillah... Semoga ukhwah ini terjalin kerana Allah swt...

Monday, 27 October 2014

GST

GST akan dilaksanakan tahun hadapan...

Makanya kenalah memahami apa itu GST dan mempersiapkan diri menjadi jentera GST agar dapat dilaksanakan dengan baik...

Apalagi seharianlah saya mendengar taklimat GST kat INFRA nie..

Alhamdulillah... moga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama... :)

Taklimat GST di INFRA
Isi borang GST
Telah selamat mendaftar GST..

Friday, 24 October 2014

Girls Party



Minggu ini kami ber girls party kat rumah kak renee... nak tau apa aktiviti kami? meh jenguk blog saya nie... ;)

Girls party kami bermula dengan late supper sebelum hijabs tutorial... sebagai wanita muslimah kenalah nampak gojes kan?? so malam ni Cik Ea lah jadi mentor kami.. pelbagai gaya tudung diajarkan kepada kami.. :)

Aktiviti 1 : Late Supper


Aktiviti 2 : Hijab Tutorial

Keesokkan pagi nya kami ke Pasar Pagi kat Setiawangsa... Geram betul tengok buah - buahan segar yang dijual... ranum dan menggiurkan... :)

Aktiviti 3 : Morning @ Pasar Pagi

Plan arini nak ber hop on hop off sekitar KL so sebelum naik bas double decker tu kita isi perut dulu dan tak lupa pekena coconut shake.. Ya Allah, memang sedap dari Coconut Shake Klebang... Aiskrimnya mmg pure dari air kelapa... superlicious!!

Aktiviti 4 : Luncheon @ Young Tau Foo

Aktiviti 5 : Pemanis mulut @ Coconut Shake Wangsa Maju


Aktiviti 6 : Hop On Hop Off - KL Tour...

Destinasi kami adalah Menara KL... memang seronok budak - budak ni ke Menara Kl... siap tgk 3D Movie lagi... ;)

Malamnya kami tengok wayang sesama cite The Book Of  Life.. memang best cite ni terselit banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan...

Aktiviti 7 : Cinema Movie - The Book Of Life

Aktiviti 8 : Karaoke...

Penutup Girls Party ialah dengan berkaraoke... sonoklah si kenit Mayya dapat nyanyi lagu Frozen... ;)

Alhamdulillah kami enjoy dapat spend the weekend bersama sedara mara.. tenkiu kak renee yang sudi terima kami sebagai tetamu... nanti kita girls party lagi yea.... ;)

Thursday, 23 October 2014

KEDA


Hari ini saya menerima kunjungan dari akauntan KEDA Holdings Sdn Bhd, Puan Nurul.

Alhamdulillah pertemuan ini banyak manfaat dan perkongsian pengalaman antara beliau dengan saya... Saya amat terharu dan berbesar hati menerima kunjungan dari beliau yang datang jauh dari Kedah semata - mata ingin bertemu saya... *Thank You!!

Tuesday, 21 October 2014

Pepahat



Siapa suka makan pepahat???

Cubalah rasa pepahat masak sweet sour telur....*terbaik!!

@ Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang...