11 Zulhijjah saya dan mayya balik ke kampung baru, makcik padhil buat kenduri korban. Pakcik Yazid tolong masakkan beriyani. Alhamdulillah lauk kambing amat sedap sekali. Habis kenduri sambut birthday Erysa yang ke-4. *semoga menjadi anak yang soleha - Amin*
Erysa & Mayya |
Sebelum balik, kak Ella ajak singgah pekena cendol kat dataran pahlawan Alor Gajah. nyummmm.. sedap sekali cendol pulut.. *Thank You Kak Ella*
Saya singgah di Port Dickson dalam perjalanan ke KL. Iye, menziarahi pusara ayahbonda. Syukur saya tak pernah gagal lagi menziarahi kubur mereka. Air yassin dan daun rampai ditabur diatas pusara, moga roh ayahbonda tenang disana. - Amin.
Alhamdulillah jam 7.30malam kami selamat tiba di KL. :)
12 Zulhijjah saya buat makan-makan sempena dapat rezeki tak disangka oleh Allah swt. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih yang tak terhingga buat Abang Remy & Kak Reen Sekeluarga, Auntie Ellie, Kak Ella, Abg Mahadir dan Mizan, Makcik Asmah dan Kak Awie & Abang Mehad sekeluarga kerana sudi berkongsi rezeki ini. :) Cuma saya agak terkilan sedikit sebab kawan-kawan baik semua tak dapat hadir kerana ada kesulitan untuk turut serta disaat akhir. Doa saya semoga bulan disember nanti mereka dapat merasa jamuan makan saya yang terakhir untuk tahun 2012. InsyaAllah. :)
Masak apa? iye, menunya pelbagai.. Ada soto daging dan bakso, asam pedas, rendang bersama pulut kuning dan juga Nasi Arab Ayam Mandy serta udang masam manis.. :) yang pasti, tetamu yang hadir semuanya kenyang perut suka hati. Alhamdulillah.. :)